Monday, May 28, 2012

Lebuhraya Rakyat Kelantan

SUMBANGAN RAKYAT JELATA SEBAGAI WAKAF AMAT DIALU-ALUKAN: Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun (Bank Islam) bernombor 03036010003031 atas nama "Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd." - Nama yang tertera ialah nama (Tetuan Rowstead) Syarikat Lama sebelum ditukar Kepada Baldah Toyyibah

PROMO Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Ustaz Azhar Idrus, Aishah di Ijtimak Pilihan Raya PAS 1 Jun

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih

Anis Nazri,  28 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Tambah Salahuddin, isu yang lebih penting dibangkitkan SPR ialah isu membabitkan tuntutan Bersih, yang juga merupakan tuntutan bersama Pakatan Rakyat yang sehingga ini tidak diendahkan badan itu.

Mengulas status pendaftaran Pakatan Rakyat, Salahuddin melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan daripada ROS.

"Sudah hampir dua tahun permohonan itu dibuat, sehingga kini tiada sebarang jawapan.  Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak menjejaskan jentera kita bagi menghadapi pilihan raya," tegas Salahuddin lagi.

Sunday, May 27, 2012

Semua perlu hadir 1 Jun - Mursyidul Am

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.